CONTOH PELAMIN BIASA
DRPB 13071
Selangkah menjejaki kaki ke rumah Rozila, pandangan mata sudah terpukau dengan warna keseluruhan kawasan. Serba hijau dengan gabungan tona sungguh mendamaikan. Tidak lari dengan warna sekeliling, pelamin juga dipilih warna yang sama. Namun titik tumpu sedikit diubah dengan corak geometrik gabungan kumpulan warna yang sama.

DRPB 13072
Pelamin dengan pilihan tema sarat hijau ini milik pakar senireka grafik yang bertugas nun jauh di selatan tanah air. Walaupun pilihan high back chair pada mulanya dirasakan kurang sesuai, namun pihak dRB akur dengan design serta pilihan pengantin....tahniah
DRPB 13073
"Putih itu suci". Demikian ungkapan mempelai dalam memilih tema perkahwinan impian. Bertitik fokus pada warna pink, seri pengantin kekal secara fizikal serta memori bergambar.....
CONTOH PELAMIN GERBANG
DRPG 13071
Gaya maskulin Faizal terserlah melalui penataran rona gelap dengan disimbahi cahaya yang memberi fokus pada ruang tengah pelamin. Tambahan lampu dance light menambahkan lagi seri pengantin bersanding.
DRPG 13072
DRPG 13073
Peringkat awal penyediaan pelamin berlatar hijau dan putih ini sedikit mengelirukan apabila ruang siling terlalu tinggi. Pengalaman mengatasi segalanya, keseimbangan antara tinggi dan luas pelamin dapat diseimbangkan. Rombongan pengantin dari Terengganu dapat sama-sama menyaksikan majlis resepsi walaupun berada di luar rumah....Tahniah Ikhwan dan Suzie...
DRPG 13074
Rias pelamin bertema kuning dan putih yang cukup ringkas. Melalui sifat kesederhanaan pengantin, Siti dan Izad lebih selesa membenarkan dekorasi pelamin di luar rumah. Resepsi yang dipenuhi terlalu ramai tetamu....tahniah
DRPG 13075
Pelamin si pengantin lelaki dengan pilihan warna kuning dan pink dihias agak simple bersesuaian dengan imej maskulin. Pengantin yang bergelar kontraktor yang berpejabat di Pahang turut sama membantu menyediakan pelamin. "Saya nak yang simple saja ye...." Satu ungkapan yang menyerlahkan sifat kesederhanaan.....
DRPG 13076
Pelamin simple dengan lataran ungu lembut dan putih direalisasikan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
DRPG 13077
Bagi Amy, pilihan warna gold dan pink dapat membangkitkan mood tenang dalam penataran pelamin pilihan. Menyambut dan mengalu-alukan kedatangan rombongan suami tersayang, Hendra dari bumi kenyalang membuatkan Amy sekeluarga tersenyum puas dengan konsep pelamin yang simple and soft.....terima kasih buat Amy sekeluarga kerana mempromosikan dRB pada khalayak ramai.....;)
DRPG 13078
Perbincangan awal bersama pasangan pengantin, Fiza yang bertugas sebagai Jurumakmal bersama tunangan tersayang, Kapten Ikhsan memberi ruang untuk pasukan dRB membuat lakaran asas serta dekorasi awal terhadap pelamin ini. Pilihan latar melengkung memberikan kesan separa bulat pada keseluruhan pelamin. Tambahan petal merah membuatkan pandangan audiens lebih terbuka tanpa pusat/tumpuan. Sememangnya sessi bergambar menjadi lebih mudah dan pelbagai.
DRPG 13079
Sifat merendah diri Hidayah dapat dinyatakan dengan pilihan kumpulan warna sepadan, ungu dan pink. Warna yang amat berpadanan dengan sifat pengantin diserikan lagi dengan tambahan bunga-bunga EVA putih bagi memberikan fokus 3D pada pelamin pasangan berhemah ini. Pilihan high back chair mewujudkan ruang tinggi walaupun pada hakikatnya ketinggian siling menimbulkan masalah pada peringkat awalnya. Penataan cahaya sempurna hasil kreativiti juruteknik dRB menambahkan seri pelamin....
DRPG 130710
Pelamin milik kakak sulung (Wani) dimonopoli oleh merah yang menyerlahkan seri ruang. Rumah kampung dengan keluasan ruang tamu memudahkan kerja-kerja dekorasi. Bakal menjadi penyeri hidup anggota keselamatan di perbatasan, Wani seakan-akan ingin lari daripada warna sinonim pilihan anggota tentera.....
DRPG 130711
Kelembutan rona tiffany blue dengan latar didominasi rona putih menyejukkan pandangan. Keghairahan kakak-kakak dan saudara mara pengantin membuat team dRB jadi tak keruan melayan karenah yang mat menghiburkan. Keramahan seisi keluarga dengan layanan yang amat baik membuat keletihan bekerja seakan-akan tiada. Tahniah Shahrin dan pasangan...
DRPG 130712
Sememangnya pilihan tema merah dengan padanan putih tidak dinafikan kehebatannya. Srikandi Nur Dina (nama seakan sama dengan dinaRIAS BRIDAL) mampu tersenyum manja setelah pelamin impian tersergam di hadapan mata. Bersama pasangan pilihan hati, Najib Fahmi (wartawan UTUSAN), pengantin diarak penuh adat bersanding sambil menjeling manja. Tahniah bro Najib...
DRPG 130713
Kasih ibu membawa ke syurga. Perancangan yang dibuat awal oleh ibu bersama team dRB tanpa pengetahuan pengantin sememangnya memberikan kejutan yang amat mendalam. Keghairahan pengantin tatkala pulang dari perantauan untuk persediaan perkahwinan dinanti dengan penuh debaran. Senyuman demi senyuman bakal pengantin dengan "pelukan terima kasih" buat ibu tersayang menyentuh perasaan. Paling teruja adalah abang sulung yang masih solo. Shuttle kamera DSLR dipetik tanpa henti.....
DRPG 130714
Berlatarkan rona ungu, pelamin dihiasi dengan fokus ala koktail bagi memberikan fokus ketika sessi bergambar. Dominasi warna putih membangkitkan pencahayaan dengan unsur 3D gabungan EVA.
DRPG 130715
Pelamin milik juruterbang, Kapten Amar bersama isteri tercinta, Dr Shafa dihiasi dengan susunan bunga Eva. Setelah berbincang dan design diluluskan, kerja-kerja dekorasi pelamin menjadi amat mudah dengan kerjasama penuh seluruh ahli keluarga pengantin lelaki. Taburan petal merah dengan disimbahi latar cahaya yang sempurna seakan-akan meraikan pengantin yang sama cantik, sama padan.
DRPG 130716
Sekali pandang, pasti ramai beranggapan bahawa tema pilihan adalah pink....namun mempelai anggap sukar ditepati. Mempelai memilih rona keemasan sebagai pilihan. Dengan keadaan ruang tamu yang cukup luas, pelamin pilihan menjadi mudah untuk direalisasikan.
Dengan kepakaran 8 tenaga mahir, dapatlah jua pelamin ini disiapkan. Walaupun x seberapa, namun senyuman bakal raja sehari dan biasan lensa kamera mengiringi proses pembikinan membuatkan seluruh team dRB bersemangat utk berkarya.....
DRPG 130717
Kunjungan pertama kali Khobaik hanya sekadar membuat "survey" untuk majlis persandingannya. Tanpa menghubungi pihak dRB, kunjungan kedua dilakukan bersama rakan yang bertindak sebagai penasihat dalam aspek pemilihan warna yang sepadan dengan tema. Pemilihan kumpulan warna maskulin, gabungan antara putih, silver dan hitam disarankan serta mendapat persetujuan bersama. Kehadiran team dRB ke rumah bakal raja sehari disambut dengan senyuman kesemua ahli keluarga. Akibat kepenatan oleh kerana destinasi ke Kurung Hitam adalah destinasi kedua selepas operasi di Pendang, pasukan kami disajikan dengan minuman sejuk serta kuih-muih yang berjaya dihabiskan...:)....Proses penghasilan pelamin ditonton oleh keseluruhan ahli keluarga Khobaik....tahniah....(Sumber : Samsung Galaxy Tab2)
DRPG 130718
Pengantin yang cukup simple, easy going dan lain-lain yang seumpama dengannya. Melihat akan gelagat pengantin yang langsung tidak risau akan persediaan perkahwinan, pihak butik pula yang bertambah risau apabila tarikh untuk fitting busana perkahwinan beberapa kali ditunda. Namun kepercayaan yang diberikan memudahkan designer pelamin "sesuka hati" dapat mentejemahkan imaginasi tanpa perlu rujukan pengantin, sungguh memudahkan. Pemilihan latar putih dapat meneutralkan pandangan belakang. Gabungan kumpulan warna sepadan dibangkitkan dengan kemunculan penataran fokus terhadap EVA yang sepadan.....Tahniah Helmi & Adila...
DRPG 130719
Bekerja di kotaraya Kuala Lumpur membuatkan kedua-dua mempelai menyerahkan inspirasi untuk dekorasi kelengkapan majlis kepada pihak dRB 100%. Fitting busana pun hanya 2 kali sempat dijalankan. Pasangan romantis ini sepakat memilih tona biru putih dalam tatrias rias pelamin yang simple ini....Selamat Pengantin Baru buat Faizal & Jaja....
DRPG 130720
Melangsungkan perkahwinan di rumah pusaka nenda memberikan suasana riuh rendah dengan kerjasama ibu serta bapa saudara yang ramai. Penggemar novel pelbagai tema, watak dan perwatakan ini nampak simple dan 'easy going'.....Basic artwork diserahkan melalui perbincangan bersama ibu saudara tercinta.....team dinaRIAS diraikan dengan gelak ketawa serta hidangan kuih-muih tradisional yang menggamit nostalgia.....masih dengan pilihan rona merah, putih dan hitam, Mimi Syafiqah kelihatan ayu bagai Wanita Melayu Terakhir......tahniah....
DRPG 130721
"Tenang dan mendamaikan".....ungkapan spontan tatkala menjengah kediaman Zubaidah, Pida 14, Lana Bulu. "Saya dan tunang pilih purple..." ringkas dan bermakna. Perbincangan kedua di rumah bakal mempelai disertai dengan lakaran dasar dipersetujui bersama.....angin sepoi-sepoi bahasa meraikan team dRB berkreatif pada malam sebelum resepsi.....
DRPG 130722
Pelamin milik juga bernama Siti Zubaidah (kebetulan nama sama) dihasilkan menjelang jam 3 pagi. Kemalangan yang menimpa team dRB telah melambatkan proses penghantaran item yang diperlukan. Kecekalan pasukan pemasangan amat2 dihargai....namun keprihatinan keluarga pengantin sedikit memberikan kelegaan....
DRPG 130723
Cute, muda dan manja. Bukan pelaminnya, tetapi pemiliknya....anak sulung yang agak pendiam ini hanya tersenyum tatkala proses rekaletak pelamin dimulakan. Kesibukan membuat persediaan akhir majlis tidak menghalang si puteri melayani kami dengan disertai hilai tawa ibu dan bapa2 saudara....merah putih pilihan hati....tahniah Linda....
CONTOH PELAMIN TUNANG / NIKAH
Selain untuk akad nikah.....pelamin ni sesuai gak untuk pertunangan....biasanya pelamin jenis ni duduk je.....so x disediakan kerusi. Untuk pelanggan yang ambil pakej, bantal akan diberi percuma....berbaloi kan ???
DRPN 13071
Pelamin nikah dengan sentuhan rona kehijauan milik Rozila menggabungkan penggunaan latar putih bersama tona hijau. Konsep "simple" dengan softouch unsur alam menambahkan seri tatkala si puteri menunggu debar "Aku terima nikahnya....."
DRPN 13072
Bagi Inspektor Annati, pilihan rona merah bersama latar putih dapat menyerlahkan seri pelamin. Berkonsepkan minimalis, pelamin dirias dengan pencahayaan bagi membangkitkan fokus pengantin.
DRPN 13073
DRPN 13074
Pelamin tunang dengan tema ungu, pink dan putih ini dihias sarat dengan elemen kerawang. Si gadis yang bakal disunting bersimpuh dengan latar putih membangkitkan busana ungu yang ditempah khas. Tahniah cikgu....pertunangan anda sempurna jua...
DRPN 13074
Kelembutan sentuhan rona pink dan putih sungguh mendamaikan. Tatkala si gadis mengenakan busana rekaan khas, keserlahan seri wajah menutupi debaran di hari bahagia. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap dekorasi ini membakar semangat pihak dRB untuk terus berkarya. Foto mewakili terlalu banyak tempahan dengan tema dan dekorasi yang sama.....
DRPN 13075
Bertemakan latar ungu dan pink, transformasi dilakukan pada design pelamin pink. Tangisan kegembiraan terpancar di wajah si puteri yang bakal disunting tatkala dekorasi sempurna.....
DRPN 13076
Berkonsepkan pelamin mini EVA, gabungan rona soft blue dan putih terserlah dengan tambahan unsur cahaya yang sempurna. Walaupun kesukaran pada peringkat penyediaan latar (backdrop terpaksa dipotong) bagi menyesuaikan ketinggian bumbung, kerjasama seluruh ahli keluarga "pengantin" amat-amat membantu.
DRPN 13077
Pelamin mini gabungan unsur sakura dan EVA ini milik bakal isteri jurutera yang cukup simple dan peramah. Dalam suasana ahli keluarga "medic", dekorasi sempurna akhirnya dengan di kelilingi penonton yang memenuhi ruang pelamin dengan biasan lampu kamera yang pastinya membanggakan pihak dRB.....
DRPN 13078
Tema yang cukup serasi dengan sifat kewanitaan selain pink. Pelamin pertunangan milik officer Sumber Manusia, UTM Skudai ini digabungkan warna feminin...purple putih + pink. Keramahan Zima menceriakan suasana. Melangkah ke dalam rumah, kami disambut dengan flash kamera yang disangka kilat memandangkan cuaca yang kurang baik....berdezup jantung masing-masing...namun diiringi hilau tawa yang amat menceriakan proses dekorasi....





























.jpg)
.jpg)





















salam..mcm mna nk tau harga tuk mini pelamin .. ni emel saya nurfass_89@yahoo.com
ReplyDeleteMaaf Nurul....anda boleh link ke facebook kami...
ReplyDelete